Saturday, 13 August 2011

Salam pekenalan

Salam Sejahtera aku nak ucap terlebih dulu kepada semua yang sudi singgah kat blog aku ni .Nak cerita pasal diri aku ni nanti orang menyampah maklum la bukan nye glamor sngat pun, tengah dok layan masa nak bebuka ni aku terpikir nak kongsi sedikit sejarah yang penting gak la untuk negara kita ni Hang Tuah nk colik Tun Teja dulu pun Lalu tempat ni gak .Dulu masa kat sekolah menengah kita belajar pasal jalan penarikan laluan perdagangan antara utara dan selatan semenanjung ,semua nye berlaku dekat kampung aku ni Kampong Jambu lapan (dalam Buku Taks tak de ye ) Tapi korang semuo mesti tak tau punya mcm ner daerah jempol ni terbentok ,aku caya la ramai yang tak tau punya .
 Kisah nye kira-kira mcm ni la sekumpulan sembilan keluarga yang berasal dari pendalaman pasai yang diketuai oleh Dato Sempadang bersama-sama untuk menerokai tempat yang indah dan subur apabila sampai lah sekumpulan hamba allah ni kat satu kawasan yang pada pandangan mereka agak cantik yang masih dara lalu mereka pun memutuskan untuk memetap kat sini, hasil tanaman padi pun berganda maklum la tanah subut pertembungan antara dua sungai maka kumpulan hamba allah ni pun menamakan tempat ni Jempol yang bawak maksud Cantik dan Subor maka daerah jempol pun terbentuk la dan merupadan daerah yang paling besar.






Ini la rupa sungai muar sekarang ni air dah tak mengalir laju sungai pun dh kecik klu dulu sungai ni boleh dilalu oleh kapal dagang mcm flora de lemo milik Potugis kata orang veteran kat kampung ni la tapi sekarang kayak je blh lalu namum klu tiba musim ujan mau pindah orang yang duduk kat tebing sungai boleh katakan dekat 100meter lebar sungai ni klu dalam aku tak pasti kira blh acup la pokok sawit yg tinggi dekat 30 kaki.






Ni la tempat pertemuan dua sungai yang paling mashur kat negeri sembilan dan ni jugak la terbentuknya jempol Sungai Muar dan Sungai Serting.